Saturday, January 5, 2008

//Pendidik Millenium// .Watak & Perwatakan.

Bahan analisasi: Pendidik Millenium

Penulis: Muhammad Khairool Haque (3m1/2007)


Hakim


Hakim ialah seorang pelajar yang merupakan watak protagonis utama kita dalam cerpen ini. Dia dipersembahkan sebagai seorang pelajar yang kurang cekap dalam pelajarannya, seperti ditunjukkan dalam monolognya pada permulaan cerita, dan sering dijadikan sasaran bagi kemarahan Cikgu Halim. Meskipun begitu, dia mempunyai sikap seorang optimis; dia bernekad untuk mencari ilmu agar dapat membuktikan mereka yang memanggilnya bodoh salah.


Dia juga seorang yang suka berkhayal. Ini dibuktikan apabila dia mengalihkan perhatiannya daripada Cikgu Halim kepada burung-burung gagak di luar kelas. Dia juga seorang yang memikir dengan mendalam, seperti mana dilihat apabila dia cuba menganalisasi sebab Cikgu Halim bergesa-gesa keluar daripada bilik guru dan mengapa Ms Wong memarahinya tanpa sebab. Selain itu, dia ialah seorang yang menyimpan dendam. Ini ditunjukkan apabila dia memutuskan untuk mengadu ke pengetua tentang Cikgu Halim walaupun dia telah menang dalam petengkaran di antara mereka berdua.


Cikgu Halim



Cikgu Halim merupakan seorang guru Melayu yang dijadikan watak antagonis di dalam cerita ini. Dia sering dipersembahkan sebagai seorang yang panas baran. Ini dibuktikan ketika dia sering memarahi kelasnya tanpa sebab yang munasabah. Dia juga seorang yang tidak berpegang kuat kepada agama, seperti mana ditunjukkan hubungan sulitnya dengan pengetua sekolah, Ms Wong, dan ketidakselesaannya ketika bercakap tentang Rasullullah s.a.w. dengan Hakim. Cikgu Halim juga ialah seorang yang berwaspada kerana dia memberitahu Ms Wong tentang firasat buruknya tentang hubungan mereka untuk mendapat kepastian tidak sesiapa pun tahu mengenai tentang mereka.


Ms Wong


Ms Wong ialah watak sampingan yang merupakan seorang pengetua sekolah. Dia ialah seorang yang cuai kerana dia tidak mengambil sirius kata-kata Cikgu Halim untuk lebih berhati-hati agar hubungan mereka tidak diketahui. Dia dipersembahkan sebagai seorang wanita yang miang, seperti mana dilihat apabila dia bersuara manja dengan Cikgu Halim. Dia juga merupakan seorang yang kurang adil kerana dia memarahi dan menghalau Hakim daripada biliknya tanpa mendengar kata-katanya. Ini menunjukkan dia tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengetua yang baik.

Blog Sastera...

Apprentissage en dehors de la classe.
Lernen außerhalb der Klasse.
Aprendizagem fora classe.
El aprendizaje fuera de clase.
L'apprendimento al di fuori classe.

...membelajar di luar kelas.

=)